1. Topup
Pagi tadi, Timbalan Menteri
Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan telah memanggil CEO-CEO Syarikat Telco untuk
berbincang. Pengguna mahukan harga topup tidak berubah dan Telco diberi masa
sebulan untuk buat keputusan. Mereka perlu menurunkan harga topup kepada RM9.43
sen dan bila ditambah 6% GST ianya akan kekal RM10. Nilai topup tersebut juga
perlu kekal pada RM10 atau lebih. Tidak boleh dikurangkan.
Nota: Waktu sebulan diberikan kerana Telco memerlukan masa untuk menukar sistem. Sistem mereka juga melibatkan institusi kewangan seperti bank, pembayaran secara MOL dan lain-lain. Mereka minta panjangkan lagi masa tetapi Timbalan Menteri Kewangan 1 tidak benarkan kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna.
Nota: Waktu sebulan diberikan kerana Telco memerlukan masa untuk menukar sistem. Sistem mereka juga melibatkan institusi kewangan seperti bank, pembayaran secara MOL dan lain-lain. Mereka minta panjangkan lagi masa tetapi Timbalan Menteri Kewangan 1 tidak benarkan kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna.
2. Rokok
Harga rokok yang diberikan oleh
syarikat rokok adalah termasuk GST. Sebagai contoh sekotak rokok jenama X adalah
RM14 sekotak. Harga tersebut sudah termasuk GST dan peniaga tidak boleh
menambah atau menggenakan lagi 6% GST ke atas rokok tersebut. Lapor jika ada
peniaga yang masih berbuat demikian.
3. Parking
Parking memang sudah dikenakan
cukai perkhidmatan selama ini cuma ianya tidak dinyatakan dengan jelas. GST
memerlukan cukai dinyatakan dengan jelas dalam resit. Dan syarat-syarat yang
perlu ada dalam resit mesti dipatuhi.
4. Kantin Sekolah
Kantin sekolah dikecualikan dari
GST. Maka tidak boleh kenakan GST ke atas makanan di kantin sekolah.
5. Service Charge
Service Charge adalah satu bentuk
kutipan yang dikenakan keatas pelanggan oleh peniaga. Ianya bukanlah satu jenis
cukai dan tidak dikutip oleh kerajaan. Jika anda tidak berpuas hati dengan
servis yang diberikan namun terpaksa membayar service charge, anda boleh bawa
peniaga ke mahkamah.
6. Aduan
Pengguna diminta untuk tidak
pandang sebelah mata. Gunakan hak anda, jika terdapat mana-mana peniaga yang
tidak mematuhi syarat-syarat untuk kenakan GST anda perlu membuat laporan
kepada KPDNKK. KPDNKK juga nasihatkan jika ada peniaga yang menaikkan harga
barang keterlaluan, sila buat aduan.
No comments:
Post a Comment