Thursday, April 16, 2015

Banggol Donas : Salleh Embong Tolak Pengambilan Tanah Kerana Bankrap

Tulisan ini diambil dari Terengganudaily.com. Kisah sebenar di sebalik isu Banggol Donas. PAS Terengganu telah mempercayai cakap-cakap orang yang bankrap. Harap PAS Terengganu tidak lagi bersekongkol memfitnah kerajaan negeri semata-mata untuk mendapat secebis keuntungan politik.

SIRI KETIGA – Tidak cukup dengan menuduh kerajaan negeri sebagai bisu dan pekak, Salleh Embong mendakwa projek pembinaan jalan raya yang melalui Banggol Donas akan melenyapkan kampung itu.

“Sebuah kampung (Banggol Donas) akan hancur sekiranya dibiarkan (tindakan pengambilan tanah oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu) begitu,” kata Salleh Embong pada 13 April 2015, lapor portal berita PAS Terengganu, Buletin Online.

Benarkah begitu Salleh Embong? Tidak malukah kamu kepada orang Banggol Donas? Berapa orang penduduk telah telah terhalau keluar dari Banggol Donas disebabkan pembinaan jalan raya tersebut?
Untuk pengetahuan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang duduk di Paka, selain pampasan tanah dan rumah kediaman, kerajaan juga menyediakan kawasan tapak perumahan yang baharu untuk mereka di Banggol Donas di mana setiap lot dianggar bernilai RM60,000.
Pampasan rumah dapat! Pampasan tanah dapat! Dapat lagi percuma satu lot tanah kediaman, RM60,000. Pemberian lot tanah kediaman ini tiada ada peruntukan undang-undang. Tetapi, kerajaan BN kerajaan yang prihatin, dapat tanah percuma RM60,000.
Zalimkah itu?

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad pula tampil dengan imej ‘estetika’ mendakwa ‘kampung warisan’ Banggol Donas bakal lenyap dirempuh pembangunan.
Penceritaan Raja Kamarul Bahrin itu bagi mengambarkan Banggol Donas merupakan sebuah kampung warisan Melayu yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.
Harakah pada 19 November 2014 melaporkan, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang ‘dok tahu kala’ itu menuduh Kerajaan Terengganu sebagai pencabul hak rakyat, merompak harta rakyat dan rakus.

Apa jua hujah dan fitnah yang dibawa, matlamat Salleh Embong hanyalah satu iaitu tanah dan rumahnya tidak boleh diambil oleh kerajaan bagi tujuan tersebut.
Kerajaan dituduh tidak ikut peraturan walaupun kumpulan Salleh Embong dua kali kalah di mahkamah. Bagi Salleh Embong, kerajaan boleh ambil tanah orang lain di Banggol Donas kecuali tanahnya sahaja.

Kenapa?
Bagi Salleh Embong, tiada makna cek pampasan RM199,170.30 kerana beliau seorang yang bankrap!
Keputusan carian kebankrapan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, Salleh Embong telah dibankrapkan oleh dua pihak.

Pertama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Perintah penghukuman itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 20 Julai 1999.
Kedua oleh BHP Steel Building Product (M) Sdn. Bhd. Perintah penghukuman itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Ogos 1998.

Inilah punca Salleh Embong menghasut beberapa penduduk Banggol Donas supaya menolak projek ini. Tiada makna pampasan bagi orang yang bankrap kerana semua bayaran itu akan ‘disedut’ oleh Jabatan Insolvensi Malaysia untuk membayar hutang-hutangnya.

Sebelum ini, Borang H dan Borang K diserahkan oleh Penghantar Notis Kanan Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Salleh Embong pada 26 Julai 2012 di rumahnya di Banggol Donas.
Salleh Embong enggan menerima bayaran pampasan tersebut, (Cek No. 628046 Bank Muamalat Kuala Terengganu)

Memandangkan kumpulan Salleh Embong yang terdiri daripada lima tuan tanah telah memfaikan bantahan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 4 Oktober 2013, semua wang pampasan plaintif telah didepositkan ke Mahkamah Tinggi dan ia menjadi milik plaintif.
Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu tidak berhak lagi ke atas semua wang pampasan tersebut.

Plaintif iaitu Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman (isteri Salleh Embong).

Selain itu, Zulaidi menerima pampasan sebanyak RM195,157.30 termasuk pampasan garaj kenderaan sebanyak RM12,000, pagar (RM30,000) dan pintu pagar (RM3,000). Mohd bin Endut menerima pampasan RM81,075.75.

Apa lagi Salleh Embong mahu tipu kepada penduduk Banggol Donas? hanya lima pemilik tanah sahaja yang terpedaya termasuk isterinya sendiri.
Pemimpin PAS di Kuala Nerus dan Terengganu menunggu masa untuk jadi ‘bodoh’ gara-gara diperbodohkan oleh Salleh Embong.

Sumber : http://terengganudaily.com/banggol-donas-salleh-embong-tolak-pengambilan-tanah-kerana-bankrap



No comments:

Post a Comment