Saturday, April 4, 2015

Madu Kelulut Buat MB

Buat MB yang dikasihi,

Sudilah kiranya MB menerima sembahan kami, dua botol madu kelulut dihias cantik buat santapan MB dan isteri.

Sepertimana lebah kelulut ber'berong' menghadam debunga pelbagai jenis untuk menghasilkan sesuatu yang bernilai dan memberi manafaat kepada pihak lain, demikian jugalah dengan KESAN. Berhujah, berdebat, berkelahi, tentang pelbagai isu, kemudiannya merumuskannya menjadi solusi untuk dipersembahkan kepada pemimpin agar dapat diproses demi kebaikan anak negeri Terengganu. 

Kami tahu MB tentu penat menguruskan negeri ini dan melayani pelbagai karenah rakyatnya. Kerja sekuat manapun, kesihatan perlu dijaga juga. MB perlu sentiasa sihat, ceria dan bertenaga untuk mentadbir negeri Terengganu ini dengan baik. Justeru, amalkanlah madu kelulut ini kerana ianya mengandungi 1001 macam khasiat. Selain membekalkan tenaga, madu kelulut juga mampu mengubati pelbagai penyakit. Mudah-mudahan MB dan isteri sentiasa sihat sejahtera serta terhindar dari penyakit. Insya Allah.


MB yang dirahmati,

Madu lebah sangat dekat dengan Islam. Ianya pemakanan sunnah Rasulullah. Baginda bersabda, "Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat." (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah). Malah ianya turut disebut di dalam Al-Quran antaranya firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 : "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia."

Sebagaimana dekatnya madu lebah dengan Islam, begitulah harapan kami agar pentadbiran negeri Darul Iman ini lebih islamik dengan menjadikan Rasulullah sebagai role model nya. Jangan takut untuk menjaga Islam kerana Allah ada untuk menjaga MB. KESAN akan beri sokongan terhadap apa jua dasar yang memberi kebaikan kepada umat Islam.

Untuk pengetahuan MB, madu lebah kelulut berjenama iSMADU ini adalah hasil perusahaan Kak Mie dari Kemaman. Dia ialah antara wanita melayu Terengganu yang cekal dalam perniagaan. Besarlah harapan kami agar kerajaan negeri Terengganu pimpinan MB dapat membantu usahawan-usahawan bumiputera di negeri ini dengan memberikan galakan, insentif dan dana untuk mereka memajukan perniagaan mereka. Majukanlah perusahaan madu lebah kelulut ini supaya semua rakyat Terengganu dapat memilikinya, sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap ubatan buatan yahudi yang entah apa isi kandungannya itu.

Oh ye, MB. Izinkan saya berkongsi satu cerita. Baru-baru ini saya hadiahkan sebotol madu kelulut kepada bapa mertua saya. Seminggu kemudian, saya datang berziarah dan melihat madu kelulut itu tersimpan rapi dalam almari hias di ruang tamu rumahnya. Bila ditanya, dengan bersahaja dia menjawab, "Sayang nak makan. Benda mahal. Kalau simpan madu dalam rumah, rezeki masuk." Kalau betullah kata bapa mertua saya itu, bolehlah MB letakkan sebotol madu lebah di dalam pejabat MB. Mudah-mudahan semakin bertambahlah hasil masyhul negeri dan semoga meningkatlah pendapatan rakyat negeri Terengganu. Amin.

Terima kasih atas undangan makan malam tempoh hari. Seperti mana yang diikrarkan pada malam itu, KESAN akan sedaya upaya memberikan kerjasama yang terbaik kepada MB dan kerajaan negeri Terengganu. Ampun dan maaf KESAN pohonkan andai ada laku dan bicara KESAN menyinggung perasaan MB. Semoga Allah merahmati MB sekeluarga.

Sekian.

- Kak Lyn



Gambar diambil dari : https://www.facebook.com/cgrazif






5 comments:

  1. blog apa nie, masak-masak ke? hayun........................................

    ReplyDelete
  2. kalau nak hayun mb pon agak-agak lah bro...

    ReplyDelete
  3. bukan hayun, sekadar penghargaan terhadap MB. Sebagai pembakar semangatnya untuk terus berbakti. Maaflah kiranya Penulis Maya tersinggung. Saya kira Penulis Maya bukanlah dalam kalangan orang2 yang dengki. Smoga Allah merahmatimu Penulis Maya. Terima kasih kerana berkunjung dan meninggalkan komen.

    ReplyDelete