Sunday, April 5, 2015

Inklusif : Pusat Rawatan Perubatan Masyarakat Percuma Yusof Awang Hitam





Di ilhamkan daripada En.Yusof Awang Hitam pada November tahun 2009 semasa itu sebagai Pegawai Pembangunan Dun Manir bagi memudahkan kemudahan orang ramai di sekitar Dun Manir bagi mendapatkan rawatan percuma.

            Buat permulaan  bagi pembukaan Klinik En.Yusof Awang Hitam ataupun pangilan mesranya dipanggil PokUsop telah membuat perjumpaan dengan doctor pakar daripada Hospital Kubang Kerian bagi merealisasikan Klinik tersebut. Beliau mendapat maklumbalas yang positif daripada hospital kubang kerian termasuk daripada kalangan doctor danjugapegawaiperubatan di situ.

            Rancangan PokUsop yang pertama adalah ingin membuat Program Berkhatan memandangkan waktu itu adalah waktu cuti persekolahan dan mendapat permintaan daripada penduduk setempat bagi mengadakan program seumpama itu.

            Setelah berbincang secara bermesyuarat akhirnya program tersebut berjaya direalisasikan pada November 2009 bagi program berkhatan peringkat Dun Manir yang ketika itu melibatkan 15 pegawai perubatan termasuk 2 orang doktor pakar daripada hospital Kubang Kerian. Peserta program tersebut terdiri daripada kanak-kanak dari sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar Dun Manir malahan ada juga dari kalangan luar daripada Dun Manir yang mendapat hebahan tersebut yang mengumpulkan seramai 150 orang kanak-kanak. Program itu memakan masa daripada jam 8.00 pagi hingga ke 10.00 Malam.

            Selepas berjayanya program tersebut, PokUsop meneruskan niat mulianya itu dengan membuat Pusat Rawatan Perubatan Masyarakat Percuma Yusof Awang Hitam yang mana telah diadakan sebulan sekali pada awalnya dan telahpun dipertingkatkan kepada dua kali sebulan atas permintaan penduduk setempat. Kebiasaan program seperti ini diadakan pada hari minggu iaitu pada hari sabtu.

            Pusat Rawatan tersebut telah mendapat perhatian daripada Menteri Besar waktu itu iaitu Y.A.B. Dato’ Haji Ahmad Bin Said dan telah dirasmikan pada18 Jun 2010. Malahan pernah mendapat kunjungan daripada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2011 serta Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2012.

            Walaupun PokUsop telah  tewas dalam PRU-13 baru-baru ini beliau tidak pernah mengecewakan Penyokong beliau yakni penyokong UMNO & Barisan Nasional kerana masih lagi meneruskan Program seumpama itu dengan menggunakan dana sendiri.

            Tahun ini adalah tahun ke-6 program ini telah diadakan dan masih mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang memerlukan rawatan kesihatan.

-          -  MR BAM

           






No comments:

Post a Comment