Friday, July 24, 2015

Program Anak Muda Geng Masjid Transformasi Terengganu Baharu




Program Anak Muda Geng Masjid adalah hasrat daripada geng KESAN menerusi perbincangan kami di telegram KESAN. Selepas mendapat kata sepakat, satu mesyuarat "kedai kopi" diadakan. Kebetulan ketika itu ada program yang dihadiri oleh YAB Dato Menteri Besar. Wakil KESAN mengambil peluang menyatakan hasrat kami kepada MB. MB tanpa banyak soal terus menyokong cadangan tersebut. Bermula saat itu, KESAN mengatur gerak. Bermula dengan proposal program hinggalah ke pembentangan di Wisma Darul Iman.  Alhamdulillah, hasrat murni ini mendapat sokongan padu daripada MB dan agensi-agensi kerajaan negeri.

KESAN telah diberi kepercayaan menganjurkan program ini dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Program "Dari Rakyat Untuk Rakyat" ini bertujuan untuk menarik golongan muda memakmurkan masjid menerusi majlis-majlis ilmu yang diatur serta aktiviti-aktiviti luar masjid yang disediakan sesuai dengan peranan masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam. Juga bagi mendokong prinsip Transformasi Terengganu Baharu iaitu "Masjid dan Surau Sumber Penyatuan". Program ini tiada kena mengena dengan parti politik justeru tidak wajar program ini dipolitikkan.

Aktiviti dalam masjid ialah seperti Klinik Al-Quran, Pengurusan Jenazah, Bengkel Solat dan Tanyalah Ustaz yang akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dan fasilitator yang berpengalaman. Manakala aktiviti luar masjid adalah seperti pameran dan jualan barangan muslim, muslim busking, pemeriksaan darah percuma, kaunter polis dan JPJ serta banyak lagi. Tidak hanya anak muda, KESAN juga cakna terhadap warga emas dengan menyelitkan sekali program "Ceria Warga Emas" di mana rakyat menyumbangkan pakaian ibadah baharu kepada warga emas anak kariah Masjid Al-Muqtafi Billah Shah, Ladang. Antara mereka yang prihatin menyumbangkan pakaian ibadah setakat ini ialah Ravi Store, Mc Donald Kuala Terengganu, SMK Seri Damansara dan orang perseorangan.


Kami di KESAN berharap anak muda di luar sana yang dahagaan ilmu agama agar mengambil peluang ini dengan menyertai program ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan malah makan minum, tempat tinggal dan sijil disediakan.  Kepada muslimin berumur antara 18-35 tahun yang berminat, bolehlah menghantar butir-butir diri kepada kami seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan saiz baju untuk kami daftarkan sebagai peserta. Nombor WhatsApp kami ialah  011-25716296.





Cg Lyn
2/07/2015


Thursday, April 16, 2015

Banggol Donas : Salleh Embong Tolak Pengambilan Tanah Kerana Bankrap

Tulisan ini diambil dari Terengganudaily.com. Kisah sebenar di sebalik isu Banggol Donas. PAS Terengganu telah mempercayai cakap-cakap orang yang bankrap. Harap PAS Terengganu tidak lagi bersekongkol memfitnah kerajaan negeri semata-mata untuk mendapat secebis keuntungan politik.

SIRI KETIGA – Tidak cukup dengan menuduh kerajaan negeri sebagai bisu dan pekak, Salleh Embong mendakwa projek pembinaan jalan raya yang melalui Banggol Donas akan melenyapkan kampung itu.

“Sebuah kampung (Banggol Donas) akan hancur sekiranya dibiarkan (tindakan pengambilan tanah oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu) begitu,” kata Salleh Embong pada 13 April 2015, lapor portal berita PAS Terengganu, Buletin Online.

Benarkah begitu Salleh Embong? Tidak malukah kamu kepada orang Banggol Donas? Berapa orang penduduk telah telah terhalau keluar dari Banggol Donas disebabkan pembinaan jalan raya tersebut?
Untuk pengetahuan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang duduk di Paka, selain pampasan tanah dan rumah kediaman, kerajaan juga menyediakan kawasan tapak perumahan yang baharu untuk mereka di Banggol Donas di mana setiap lot dianggar bernilai RM60,000.
Pampasan rumah dapat! Pampasan tanah dapat! Dapat lagi percuma satu lot tanah kediaman, RM60,000. Pemberian lot tanah kediaman ini tiada ada peruntukan undang-undang. Tetapi, kerajaan BN kerajaan yang prihatin, dapat tanah percuma RM60,000.
Zalimkah itu?

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad pula tampil dengan imej ‘estetika’ mendakwa ‘kampung warisan’ Banggol Donas bakal lenyap dirempuh pembangunan.
Penceritaan Raja Kamarul Bahrin itu bagi mengambarkan Banggol Donas merupakan sebuah kampung warisan Melayu yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.
Harakah pada 19 November 2014 melaporkan, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang ‘dok tahu kala’ itu menuduh Kerajaan Terengganu sebagai pencabul hak rakyat, merompak harta rakyat dan rakus.

Apa jua hujah dan fitnah yang dibawa, matlamat Salleh Embong hanyalah satu iaitu tanah dan rumahnya tidak boleh diambil oleh kerajaan bagi tujuan tersebut.
Kerajaan dituduh tidak ikut peraturan walaupun kumpulan Salleh Embong dua kali kalah di mahkamah. Bagi Salleh Embong, kerajaan boleh ambil tanah orang lain di Banggol Donas kecuali tanahnya sahaja.

Kenapa?
Bagi Salleh Embong, tiada makna cek pampasan RM199,170.30 kerana beliau seorang yang bankrap!
Keputusan carian kebankrapan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, Salleh Embong telah dibankrapkan oleh dua pihak.

Pertama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Perintah penghukuman itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 20 Julai 1999.
Kedua oleh BHP Steel Building Product (M) Sdn. Bhd. Perintah penghukuman itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Ogos 1998.

Inilah punca Salleh Embong menghasut beberapa penduduk Banggol Donas supaya menolak projek ini. Tiada makna pampasan bagi orang yang bankrap kerana semua bayaran itu akan ‘disedut’ oleh Jabatan Insolvensi Malaysia untuk membayar hutang-hutangnya.

Sebelum ini, Borang H dan Borang K diserahkan oleh Penghantar Notis Kanan Pejabat Tanah Kuala Terengganu kepada Salleh Embong pada 26 Julai 2012 di rumahnya di Banggol Donas.
Salleh Embong enggan menerima bayaran pampasan tersebut, (Cek No. 628046 Bank Muamalat Kuala Terengganu)

Memandangkan kumpulan Salleh Embong yang terdiri daripada lima tuan tanah telah memfaikan bantahan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 4 Oktober 2013, semua wang pampasan plaintif telah didepositkan ke Mahkamah Tinggi dan ia menjadi milik plaintif.
Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Terengganu tidak berhak lagi ke atas semua wang pampasan tersebut.

Plaintif iaitu Abdul Halim bin Mohd, Zulaidi bin Puteh, Mohd bin Endut, Md Sufian bin Mohd dan Hasnah binti Othman (isteri Salleh Embong).

Selain itu, Zulaidi menerima pampasan sebanyak RM195,157.30 termasuk pampasan garaj kenderaan sebanyak RM12,000, pagar (RM30,000) dan pintu pagar (RM3,000). Mohd bin Endut menerima pampasan RM81,075.75.

Apa lagi Salleh Embong mahu tipu kepada penduduk Banggol Donas? hanya lima pemilik tanah sahaja yang terpedaya termasuk isterinya sendiri.
Pemimpin PAS di Kuala Nerus dan Terengganu menunggu masa untuk jadi ‘bodoh’ gara-gara diperbodohkan oleh Salleh Embong.

Sumber : http://terengganudaily.com/banggol-donas-salleh-embong-tolak-pengambilan-tanah-kerana-bankrap



Monday, April 13, 2015

Banggol Donas : Reaksi Awal MB Terengganu

Hari ini, sekumpulan penyokong PAS telah berhimpun di Kg Banggol Donas dikatakan untuk menghalang perobohan rumah milik Haji Salleh Embong. Sejak kelmarin kami menerima mesej termasuk seorang individu menggelarkan  dirnya Pemuda Islam Kuala Nerus. Bukan main bersemangat sekali kata-katanya sehingga menggelarkan MB kita sebagai zionist bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada MB dan kerajaan negeri Terengganu.

Tinjauan wakil kami ke kampung berkenaan, kebanyakan yang hadir itu bukanlah penduduk Kampung Banggol Donas. Malah penduduk kampung agak kebingungan dengan kehadiran orang ramai di kampung mereka. Rata-rata penduduk kampung yang ditemui melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan keluarga terbabit yang degil enggan berpindah kerana membantutkan rencana pembangunan di kawasan tersebut serta menyusahkan orang ramai.

MB, dalam reaksi awalnya melalui aplikasi WhatsApp menulis begini :

InsyaAllah dlm masa terdekat kita akan keluarkan cerita sebenar dlm isu ini. Klau kerajaan salah, sila bwk ke mahkamah tp mahkamah dah buat keputusan yg kerajaan betul. Klau tindakan kerajaan ini juga salah, silakan utk bwk kes ini sekali lagi ke mahkamah. Soalnya kita dah mintak berunding dari dulu lagi tp tuan punya tanah tdk mahu dan bawa kes ini ke mahkamah. Brpa byk kerajaan rugi sekrg krn kepentingan diri beberapa org. Klau selesai isu ini sdh lama org kws Teluk Pasu, Tepoh dan sekitar blh menggunakan jalan pintas ke K. Trg. Brpa ramai peniaga2 akan dpt manfaat apabila ramai yg guna jalan ini. Utk ubah laluan kita terpaksa mengeluarkan kos tambahan yg sgt tinggi berbanding penyelesaianmelalui pampasan yg akan dibayar mengikut nilai semasa. Soalnya kenapa dia tdk mahu terima pampasan sdgkan org lain setuju. En Salleh Embong sendiri yg tahu kenapa dia sahaja yg tdk mahu menerima pampasan tsbt. Ini soal peribadi yg klau dikeluarkan akn melibatkan maruah dia dan keluarga. Klau begitu, InsyaAllah dlm masa terdekat kerajaan negeri akn buat penjelasan dan terpaksa membuka isu peribadi En Salleh Embong. Jgn salahkan kerajaan krn kita sebenarnya tdk mahu menceritakan keburukan org lain sebagaimana pemimpin pas yg suka buat fitnah dan menipu rakyat. Tkasih

Sekian lama si Rosni, menantunya Hj Salleh Embong, bekas ketua puteri Banggol Donas menjaja cerita kononnya Kerajaan Terengganu bertindak zalim kepada mereka sekeluarga, tetapi kerajaan negeri Terengganu masih tetap bersabar tidak mahu mendedahkan perkara sebenar bagi menjaga aib mereka sekeluarga. Namun, sikap keterlaluan mereka sudah tidak boleh dibiarkan. Kita berharap pihak kerajaan negeri segera menjelaskan hal sebenar demi nama baik MB dan kerajaan negeri Terengganu.

P/S : Sehingga tulisan ini ditulis, rumah tersebut masih belum dirobohkan.

- Kak Lyn






Sunday, April 12, 2015

Banggol Donas...Antara Realiti dan Fantasi Pemuda PAS

 Air mata Banggol Donas....sedih tajuk Pas bagi untuk meraih sokongan isu ini.Mereka menfitnah Kerajaan Terengganu terutama Menteri Besar bertalu-talu umpama "Pump Gun". Kerajaan Terengganu dituduhnya Israel.

Memang "class" mereka...bertindak tanpa lihat fakta:

1)  Tuan Tanah yang mereka duk junjung adalah muflis dan tanah itu sudah dirampas oleh      Mahkamah. Hak pada tanah itu sudah terlucut.

2)  Salleh ,tuan punya tanah adalah bekas calon Ketua Cawangan Umno Banggol Donas yang kecewa kerana tidak terpilih.

3)  Kak Rus, menantunya adalah bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Banggol Donas yang kalah pemilihan dan bukan asal dari Banggol Donas.

4) Mereka ini dipercayai golongan PASMA Terengganu.

5) Duit pampasan semua dah di ambil mereka, Namun bila mahkamah ambil duit bangkrap itu mereka menyalak marahkan mahkamah...(Hutang Pandai Bayar tidak Mahu)

6) Orang Asal Banggol Donas pun tidak memihak pada Salleh dan keluarganya.


Kalau ikutkan kenapa PEMUDA PAS menjadi penyokong kuat orang-orang semacam ini.Mereka hanya mahukan isu untuk menghentam Menteri Besar yang mula di terima rakyat.Ini program mereka untuk merosakkan kredibiliti Menteri Besar.

Kes Banggol Donas dah selesai lama dah.Mereka cuba menunjukkan kerajaan Negeri Terenggganu zalim sedangkan apa mereka buat lagi zalim kerana mempertahankan orang yang tidak punyai hak. Adakah segala tindakan mereka harus di terima walaupun salah atau rakyat sekarang sudah tidak berfikir dan hanya menarima penipuan set-set mengelarkan diri PEMUDA ISLAM...


Fikir-fikirkan... 











Friday, April 10, 2015

Muncullah....Andai Terlalu Didesak....


Malam tadi,saya menonton rancangan Soal Jawab di TV3,terima kasih kepada Dato Wan Hisyam kerana menyampaikan maklumat rancangan...Seorang Perdana Menteri,secara sukarela muncul di kaca tv semata mata kerana mahu menjelaskan kepada rakyat tentang perkembangan terkini perihal pentadbiran negara,sesungguhnya itu merupakan suatu inisiatif yang harus dipuji..Manakala tentang sejauh mana penyampaian daripada beliau malam tadi,sama ada menjawab atau tidak beberapa isu berbangkit,itu sudah termasuk dalam bab lain..Sekurang kurangnya,beliau tidak mendiamkan diri dan tampil menyatakan pandangan daripada kaca mata beliau sendiri...

Najib Razak,walaupun bukanlah Perdana Menteri favourite bagi pandangan saya,bukanlah seorang yang saya kira mampu mencipta sesuatu yang sehebat legasi Tun Razak,namun melihatkan kepada cabaran dan tragedi yang dilalui oleh beliau sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara,seharusnya kecekalan dan ketabahannya perlulah dihormati,andai tidak mahu memuji,sekurang kurangnya tidak perlu mengeji...

Saya melihat respon dan feedback daripada penyokong pembangkang,penyokong Pas terutamanya...Mereka melaungkan tentang islam,tentang hudud,menggunakan gambar Tok Guru dalam akaun facebook,tetapi apabila baru di uji dengan GST,mereka menggelupur menggila memaki hamun seolah olah tidak pernah dididik dengan iman...Untuk penyakit menggila sedemikian rupa,menurut pak cik saya yang mempelajari ilmu perubatan tradisional tujuh petala bumi tujuh petala langit,penyakit gila seperti ini bukanlah calang calang penyakit.Ini penyakit gila babi namanya..

Secara konklusinya,atas nasihat dan pendapat daripada Dato Wan Hisyam baru baru ini,selagi seorang ketua tidak mengajak kita untuk menderhaka pada tuhan,perlulah kita memberikan sokongan demi memastikan survival perjuangan kita tetap berterusan...

Wan Pzi Wan Hussin
Pasir Puteh,Kelantan
10 April 2015
10.15am



Thursday, April 9, 2015

Norsharul Idlan Talaha (mat yo) sah ke Terengganu


Penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan nama Mat Yo kini sah bersama negeri kelahirannya selepas menandatangi kontrak bersama skuad 'Sang Penyu' sehingga ke penghujung musim ini.

Beliau akan memulakan latihannya bersama skuad Terengganu FA pada Isnin ini dan akan dapat beraksi pada 18 April (Sabtu) ketika menentang Felda United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Tuesday, April 7, 2015

Pegawai Petronas Jawab Isu Kebanjiran Pekerja Asing

Pada majlis makan malam sempena perasmian Persaudaraan TTB 2 April 2015, YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, ada menyebut tentang komitmennya dalam menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing di tapak projek Petronas di Kemaman. Awal pagi 7 April 2015, telegram KESAN telah menerima kiriman daripada YAB Dato’ tentang jawapan pegawai Petronas berhubung isu ini.  KESAN mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan syabas atas kecaknaan YAB Dato’ dalam menangani isu ini. Semoga nasib anak-anak Terengganu lebih terbela.
Berikut ialah jawapan pegawai Petronas berkenaan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada YAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Salam YAB Datuk ,Merujuk kepada Whatsapp yang diterima oleh Datuk yang Datuk berkongsi pada saya pada masa F1 pada hari ahad lepas ttg kebanjiran pekerja2 asing terutama Bangla di projek terkini Petronas ia-itu T -Gas. Untuk pengetahuan Datuk , Projek tersebut adalah dibawah Petronas Carigali dan Kontraktor utama ialah Samsung .

Jumlah pekerja di Projek pada 31/3/2015 ialah 1072 , dimana 827 (77%) adalah kakitangan tempatan dan 245 (23%) ialah kakitangan asing yang terdiri daripada Bangla Desh (99), indonesia (30) , india ( 22) dll , Daripada kakitangan tempatan , 354(43%) adalah anak Terengganu.

Kami di fahamkan dari sumber polis yang menyatakan bahawa akan diadakan demonstrasi dan penyerahan memorandum tentang isu pengambilan pekerja asing di Tapak projek pada hari jumaat lepas (3/4) tapi Alhamdullillah ianya tidak berlaku dan pihak kami akan terus memantau keadaan.

Dari statistik , menunjukkan bahawa tuduhan bahawa peluang pakerjaan tidak diberikan kepada pekerja tempatan adalah tidak berasas dan pihak kami akan terus memantau dan memasti kan prioriti diberikan kepada pekerja tempatan yang layak .

Sekian , terima kasih .” 






Kiriman : Kak Lyn