Sunday, March 29, 2015

Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?

1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my

2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.

3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST, dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan tertera nombor tauliah GST pada resit tersebut. Jika tiada atau anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang dan harga. Jangan lupa ambil gambar kedai dan peniaga tersebut. LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.

6. PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, MEREKA BAKAL DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.

7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.

8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan KPDNKK di talian 03-88826245. Pastikan bukti DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

9. Pastikan anda sentiasa mengemas kini info GST melalui laman sesawang
i. gst.customs.gov.my
ii. www.kpdnkk.gov.my

Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang
i. www.ppim.org.my
ii. www.nccc.org.my

JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI MEMBANTERAS GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

- Salin dan Tampal



Saturday, March 28, 2015

Retreat TTB Brotherhood

Pada 22-24 Mac 2015, KESAN telah mengajurkan Retreat TTB Brotherhood dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri Terengganu bertempat di Ombak Kapas, Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Program ini bertujuan untuk menghimpunkan pengamal-pengamal media sosial pro-kerajaan untuk bertukar-tukar pendapat serta menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan kerajaan negeri Terengganu.

Pelbagai aktiviti telah diadakan. Aktiviti-ativiti tersebut ialah :


  • Bengkel dan Pembentangan
  • Bicara santai bersama YBhg Dato Wan Hisham bin Wan Salleh
  • Ceramah bertajuk "Peranan Media Sosial Kepada Masyarakat & Ancaman Keselamatan" oleh ACP Mohd Hairuddin bin Hamid, Ketua Cawangan Khas Negeri Terengganu.
  • Ceramah bertajuk "Menangani Isu GST di Media Sosial" oleh Encik Mohd Nor Aswadi bin Md Nor, Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi & Pembangunan Masyarakat.
  • Pertandingan mencipta lagu TTB.
  • Riadah dan Barbeque.
  • Penyampaian sijil dan cenderahati.
Semoga para peserta dapat memanafaatkan program ini untuk menambahkan pengetahuan, kemahiran serta menjalinkan hubungan yang lebih erat sesama pemain media sosial dan kerajaan negeri Terengganu.

- Kak Lyn