Friday, July 24, 2015

Program Anak Muda Geng Masjid Transformasi Terengganu Baharu




Program Anak Muda Geng Masjid adalah hasrat daripada geng KESAN menerusi perbincangan kami di telegram KESAN. Selepas mendapat kata sepakat, satu mesyuarat "kedai kopi" diadakan. Kebetulan ketika itu ada program yang dihadiri oleh YAB Dato Menteri Besar. Wakil KESAN mengambil peluang menyatakan hasrat kami kepada MB. MB tanpa banyak soal terus menyokong cadangan tersebut. Bermula saat itu, KESAN mengatur gerak. Bermula dengan proposal program hinggalah ke pembentangan di Wisma Darul Iman.  Alhamdulillah, hasrat murni ini mendapat sokongan padu daripada MB dan agensi-agensi kerajaan negeri.

KESAN telah diberi kepercayaan menganjurkan program ini dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu. Program "Dari Rakyat Untuk Rakyat" ini bertujuan untuk menarik golongan muda memakmurkan masjid menerusi majlis-majlis ilmu yang diatur serta aktiviti-aktiviti luar masjid yang disediakan sesuai dengan peranan masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam. Juga bagi mendokong prinsip Transformasi Terengganu Baharu iaitu "Masjid dan Surau Sumber Penyatuan". Program ini tiada kena mengena dengan parti politik justeru tidak wajar program ini dipolitikkan.

Aktiviti dalam masjid ialah seperti Klinik Al-Quran, Pengurusan Jenazah, Bengkel Solat dan Tanyalah Ustaz yang akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dan fasilitator yang berpengalaman. Manakala aktiviti luar masjid adalah seperti pameran dan jualan barangan muslim, muslim busking, pemeriksaan darah percuma, kaunter polis dan JPJ serta banyak lagi. Tidak hanya anak muda, KESAN juga cakna terhadap warga emas dengan menyelitkan sekali program "Ceria Warga Emas" di mana rakyat menyumbangkan pakaian ibadah baharu kepada warga emas anak kariah Masjid Al-Muqtafi Billah Shah, Ladang. Antara mereka yang prihatin menyumbangkan pakaian ibadah setakat ini ialah Ravi Store, Mc Donald Kuala Terengganu, SMK Seri Damansara dan orang perseorangan.


Kami di KESAN berharap anak muda di luar sana yang dahagaan ilmu agama agar mengambil peluang ini dengan menyertai program ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan malah makan minum, tempat tinggal dan sijil disediakan.  Kepada muslimin berumur antara 18-35 tahun yang berminat, bolehlah menghantar butir-butir diri kepada kami seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan saiz baju untuk kami daftarkan sebagai peserta. Nombor WhatsApp kami ialah  011-25716296.





Cg Lyn
2/07/2015