Tuesday, April 7, 2015

Pegawai Petronas Jawab Isu Kebanjiran Pekerja Asing

Pada majlis makan malam sempena perasmian Persaudaraan TTB 2 April 2015, YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, ada menyebut tentang komitmennya dalam menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing di tapak projek Petronas di Kemaman. Awal pagi 7 April 2015, telegram KESAN telah menerima kiriman daripada YAB Dato’ tentang jawapan pegawai Petronas berhubung isu ini.  KESAN mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan syabas atas kecaknaan YAB Dato’ dalam menangani isu ini. Semoga nasib anak-anak Terengganu lebih terbela.
Berikut ialah jawapan pegawai Petronas berkenaan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada YAB Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Salam YAB Datuk ,Merujuk kepada Whatsapp yang diterima oleh Datuk yang Datuk berkongsi pada saya pada masa F1 pada hari ahad lepas ttg kebanjiran pekerja2 asing terutama Bangla di projek terkini Petronas ia-itu T -Gas. Untuk pengetahuan Datuk , Projek tersebut adalah dibawah Petronas Carigali dan Kontraktor utama ialah Samsung .

Jumlah pekerja di Projek pada 31/3/2015 ialah 1072 , dimana 827 (77%) adalah kakitangan tempatan dan 245 (23%) ialah kakitangan asing yang terdiri daripada Bangla Desh (99), indonesia (30) , india ( 22) dll , Daripada kakitangan tempatan , 354(43%) adalah anak Terengganu.

Kami di fahamkan dari sumber polis yang menyatakan bahawa akan diadakan demonstrasi dan penyerahan memorandum tentang isu pengambilan pekerja asing di Tapak projek pada hari jumaat lepas (3/4) tapi Alhamdullillah ianya tidak berlaku dan pihak kami akan terus memantau keadaan.

Dari statistik , menunjukkan bahawa tuduhan bahawa peluang pakerjaan tidak diberikan kepada pekerja tempatan adalah tidak berasas dan pihak kami akan terus memantau dan memasti kan prioriti diberikan kepada pekerja tempatan yang layak .

Sekian , terima kasih .” 






Kiriman : Kak Lyn


No comments:

Post a Comment